Welcome!    Register now    Login  
image1
Content Menu
HUBUNGI KAMI

SEKIRANYA BERLAKU KEMATIAN

HUBUNGI:

Zulkifli bin Haji Said
Penyelaras Tanah Perkuburan Islam Sungai Petani (TPISP)
No. Telefon:
012-4679880 atau
011-14698623
email :
tpispkelisa@ymail.com
zulteja@gmail.com
perkuburanislamsp@gmail.com

youtube : Tpisp
facebook : Tpisp Kelisa    

Laman Facebook : TPISP Kelisa
twitter : @tpispkelisa1
google+ : zulkifli said

 



ALUAN PENGERUSI

 

 Assalamualaikum Warohmatullahi Wabarakatuh,

 

Alhamdulillah,  bersyukur kepada Allah diatas limpah rahmatnya dianugerahkan kesihatan yang baik, di panjangkan umur dan diberi kebahagian untuk kita menunaikan amanah Allah kepada diri kita, keluarga, agama, bangsa dan negara.

 

Disamping memakmur kehidupan  menunaikan  amanah Allah dengan mengikuti jalan yang diredzainya maka berbagai aspek kehidupan dunia dibangun dan dimajukan bagi  faedah yang hidup  tetapi tidak ramai yang merancang untuk mereka yang mati dan bakal mati.  Perkara yang jarang orang berfikir ialah mengenai ‘Tanah Perkuburan’. 

 

Dari hasil kajian secara rambang dibeberapa tanah perkuburan  disekitar Sungai Petani dan beberapa daerah lain di Negeri Kedah oleh Jawatankuasa Pembangunan Tanah Perkuburan, didapati tanah perkuburan ini tidak mempamirkan realiti taraf kehidupan masyarakat yang semakin maju dari masa kesemasa.  Pengurusan tanah perkuburan tidak berubah dan malah semakin  tidak terurus.

 

Diatas kesedaran inilah maka Jawatankuasa  Pembangunan Tanah Perkuburan diperingkat awalnya membentang kertas kerja  pengurusan tanah perkuburan secara moden dan sistematik dengan memperkenalkan  beberapa kaedah baru diantaranya penggunaan satu jenis batu nisan, sistem sector/barisan, kod kebumi , lokasi pusara  termasuk mengasingkan pusara lelaki lelaki dan perempuan.

 

Perkuburan ini di uruskan secara sistematik  bagi mengubah persepsi dan pandangan masyarakat terhadap perkuburan Islam.  Untuk menarik orang ke destinasi lain amat  mudah dengan  disaji berbagai program tetapi untuk mengajak orang menziarahi  perkuburan bukan mudah.  In sha Allah dengan usaha gigih jawatankuasa perkuburan ini ramai diziarahi  orang .   Pendekatan  baru cuba di ketengahkan dan In sha Allah ia mendapat maklum balas yang  baik dan membina. 

 

Pengurusan   ini tidak akan dapat berjalan baik tanpa usaha gigih Jawatankuasa. Saya  mengucapkan syabas dan terima kasih kepada semua  mereka yang terlibart secara langsung atau tidak didalam merealisasikan wawasan  ini.  Didalam  dunia yang canggih tanpa sempadan ini, infomasi  bermunafaat atau sumber maklumat tepat dan diyakini boleh diakses di hujung jari sahaja.  Info perkuburan ini boleh di akses melalui  laman  web yang diwujudkan ini bagi memberi  informasi kepada waris dan sesiapa sahaja dimana juga mereka berada.  

 

Dengan pelancaran laman web baru RIADHATUL SOLIHIN  mudah-mudahan  akan memberi menafaat kepada semua terutama waris atau orang ramai yang boleh setiap masa menghubungi kami untuk memberi komen dan pandangan melalui  forum dialam maya yang tersedia dan akan  tersebar luas infomasinya.

 

Sekian terima kasih.

 

 

HAJI ALI BIN YAHAYA

 



The comments are owned by the author. We aren't responsible for their content.
Author Thread
TAKWIM HIJRAH
SIAPA DITALIAN
8 user(s) are online (1 user(s) are browsing Content)

Members: 0
Guests: 8

more...
Login
Username:

Password:

Remember me



Lost Password?

Register now!