Welcome!    Register now    Login  
image1
Content Menu
HUBUNGI KAMI

SEKIRANYA BERLAKU KEMATIAN

HUBUNGI:

Zulkifli bin Haji Said
Penyelaras Tanah Perkuburan Islam Sungai Petani (TPISP)
No. Telefon:
012-4679880 atau
011-14698623
email :
tpispkelisa@ymail.com
zulteja@gmail.com
perkuburanislamsp@gmail.com

youtube : Tpisp
facebook : Tpisp Kelisa    

Laman Facebook : TPISP Kelisa
twitter : @tpispkelisa1
google+ : zulkifli said

 



PROFAIL

FROFAIL RAUDHATUL SOLIHIN
TANAH PERKUBURAN ISLAM SUNGAI PETANI, KEDAH (TPISP)

LOKASI
Ia terletak di Darul Aman Perdana iaitu Utara Taman Kelisa dan sebelah Timur Aman Jaya.
Dibawah pentadbiran Kerajaan Tempatan iaitu Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK). Disegi geopolitik ia terletak di Parlimen Merbok dan DUN Bukit Selambau. Urusan agama dibawah pentadbiran Pejabat Agama Daerah Kuala Muda. Alamat rasmi ialah:

RAUDHATUL SOLIHIN
Tanah Perkuburan Islam Sungai Petani (TPISP)
Darul Aman Perdana
08000 SUNGAI PETANI
Kedah Darul Aman
KELUASAN
Keluasan sebenar tanah perkuburan ini ialah 12.172 ekar yang pada awalnya dipenuhi dengan tanaman kelapa sawit. Penggunaan pertama sebagai tapak perkuburan ialah seluas 2.5 ekar sebagai fasa pertama perkuburan. Baki masih dipenuhi dengan pokok kelapa sawit yang mendatangkan hasil lebih kurang RM 2,000.00 sebulan kepada TPISP.

MATLAMAT
1. Memenuhi tuntutan Islam agar tanah perkuburan kelihatan seumpama
‘taman-taman syurga’ yang bersih, kemas, menarik bagi menimbulkan keceriaan
dan menggalakan waris/orang tamai menziarahinya sebagai mengingati Allah dan ingat aka kematian.
2. Mengamalkan satu peraturan untuk semua bertujuan mempercepatkan
pengkebumian . Melaksanakan amanah Allah menjaga persekitaran dan alam sekitar di tanah perkuburan
3. Mewakili waris simati mengurus tadbir tanah perkuburan mengikut kehendak Islam.

VISI TPISP
Menjadikan Tanah Perkuburan Islam Sungai Petani sebagai tanah perkuburan Islam contoh dengan pengurusan yang sistematik supaya ia menjadi destinasi yang suka di ziarahi oleh semua umat Islam

MISI TPISP
Mengatur upacara pengkebumian dengan cepat, mengurus tanah perkuburan secara lebih moden dan sistematik dan memudahkan waris memengakses maklumat ahli kerluarga yang dikebumikan di TPISP dimasa hadapan.

KONSEP
Tanah Perkuburan ini berkonsepkan panah perkuburan dalam taman dan mesra alam sekitar,
dengan warna tema hujau/kuning.

TAPAK PERKUBURAN SEMASA
Tapak perkuburan semasa seluar 12.5 ekar dinamakan sebagai Fasa 1 dengan anggaran kegunaan selama 5 tahun. Fasa 2 akan dbuka apabila bagi Fasa 1 tinggal baki 10 peratus. Baegitu lah akan dilakukan pada setiap Fasa. Bila Fasa 3 berakhir, Fasa 1 kemungkinan akan ditimbus (jika perlu) bagi kegunaan berikutnya.

JENAZAH HIV DAN BERISIKO TINGGI
Pihak pengurusan tidak bercadang mengasingkan jenazah ini, hanya waris akan mengetahui dan pihak TPISP akan merahsiakan dari pengetahuan orang yang lain yang tidak berkenaan untuk menjaga imej dan maruah keluarga.

WAKTU ZIARAH TANAH PERKUBURAN
Tiada had waktu ziarah tanah perkuburan. Walaubagaimana pun semasa masuk dan keluar hendaklah menentukan pintu utama ditutup sebilang masa kerana dikhuatiri dimasuki lembu/anjing. Selagi berada diatas tanah perkuburan sila patuhi peraturan TPISP.

ADAB ZIARAH TANAH PERKUBURAN
1. Sunat member salam dan mendahului kaki kanan ketika memasuki kawasan perkuburan. Sunat mengambil wuduk dan jika ada masjid berdekatan lebih baik menunaikan solat sunat tahyatul masjid selepas itu baru ziarah kubur.
2. Makruh sekiranya ada percapuran lelaki/perempuan bukan mahram, kecuali yang sudah tua hukumnya harus.
3. Sunat baca Quran kemudian tahlil dan disusuli dengan doa. Duduk hampir dengan kuburnya. Dilarang tawaf sekeliling kubur atau melakukan kerja syirik.
4. Lebih mulia ziarah hari Jumaat atau lebaran tetapi tak salah hari lain.
5. Membersih kubur, jauh dari bercakap hal keduniaan, dilarang merokok atau mengotorkan tanah perkuburan, mematikan telefon bagi mengelak gangguan kepada orang lain,
6. Berpakaian kemas dan menutup aurat
7. Membantu menjaga tanah perkuburan dan menghormati kemulian tanah perkuburan, dilarang membuang air kecil dan besar kecuali ditempat yang disediakan. Dilarang membuat kenduri atau makan-makan kecuali minum bagi menghilangkan dahaga.
8. Dilarang memain alat muzik dan sebarang bunyian.
9. Ziarahlah tanah perkuburan bagi mengingati akan kematian.

ADAB KETIKA UPACARA PENGKEBUMIAN
1. Keadaan liang kubur ialah yang tidak boleh keluar dari liang itu akan bau mayat atau
tidak boleh digali oleh binatang buas.
2. Keadaan kubur tidak terlalu luas atau sempit. Jika luas mengambil masa lama
menggali dan menimbusnya, jika sempit menyukarkan memasukan jenazah kedalam
liang. Seeloknya mestilah sederhana luasnya
3. Dalamnya ialah kira-kira 4 hasta, atau jika seorang dewasa berdiri setakat dadanya.
4. Liang lahat adalah lebih utama ditempat yang sesuai jika sebaliknya menggunakan
keranda seperti biasa.
5. Yang aula menurunkan mayat dan yang menyambutnya ialah orang yang juga aula
mengimamkannya. Jika tidak ada saudara mara lain juga boleh dikuti dengan
sahabat handai dan jiran tetangga.
6. Angkat jenazah dengan lemah lembut didahului kepalanya dan kakinya semasa
hendak memasukan jenazah kedalam liang.
7. Iringkan jenazah kearah khiblat dengan bahu kanan kebawah. Sunat dibukakan
ikatan tali pengikat mayat.
8. Setelah di sendal dengan ketulan tanah supaya mayat tidak lagi bergerak, maka
letakan tudung keranda dan lepas itu masukan tanah perlahan-lahan hingga penuh.
9. Setelah selesai, bacakan talkin/tahlil menghadap kearah hadapan mayat itu
10. Ditengah hadirin bercakap dengan kuat ketika pengkebumian dilakukan
11. Haram dan berdosa jika meratap dan menangis ketika pengkebumian dijalankan.
12. Siwtch off alat telekomunikasi jika dibawa ke tanah perkuburan.
13. Wanita tidak digalakan hadir di tanah perkuburan semasa pengkebumian.
14. Haram ditutup mayat dengan sutera atau bersalut emas.
15. Sunat semasa mengiringi jenazah orang yang mengiringinya di hadapan diikuti
dengan jenazah di belakang. Makruh berkenderaan jika dekat dengan tanah
tanah perkuburan. Yang mengusung dan mengiringi mestilah lelaki sahaja. Jika
ada perempuan, percampuran dengan lelaki bukan muhrim adalah haram.
16. Sunat bertafakur mengingati akan kematian. Makruh berbual ketika iringi jenazah.
melalui tempat awam atau jalanraya sila patuhi peraturan lalu lintas.
17. Harus iringi jenazah bukan Islam yang ada talian keluarga.

MASA PENGKEBUMIAN

1. Tidak ditetapkan waktu kecuali 3 waktu makruh kebumi iaitu:
a. Ketika matahari berada tegak diatas kepala.
b. Ketika matahari sedang terbenanm iaitu masuk maghrib

SYARAT-SYARAT KETIKA MEMOHON PENGKEBUMIAN
1. Mestilah dipohon oleh Penyelaras Jenazah Qaryah kepada Penyelaras Tanah
Perkuburan dengan menggunakan borang Lampiran 1.
2. Disahkan dengan jelas Keislamannya, jika berlaku pertikaian (tuntutan) oleh pihak
bukan berugama Islam hanya dibenarkan bila mendapat perintah mahkamah atau
arahan polis secara bertulis.
3. Disahkan dengan jelas kematian oleh Pegawai Perubatan atau Polis.
4. Mengemukakan permit penguburan yang dikeluarkan oleh Hospital atau Polis.
5. Mengesahkan kepada Penyelaras Tanah Perkuburan bahawa Fardu Kifayah seperti
mandi, kafan dan sembahyang telah disempurnakan.
6. Jika warga asing atau jebazah HIV hendaklah di sokong dengan dokumen berkaitan.
7. Jika jenazah HIV hendaklah diuruskan mengikut piawaian Kementerian Kesihatan
yang lazimnya dilakukan oleh pihak Hospital.

KOS PERKHIDMATAN PENGKEBUMIAN
Kos perkhidmatan pengkebumian ditetapkan berdasarkan kepada perkhidmatan berikut:
1. Penggalian liang pengkebumian
2. Mengurus pengkebumian
3. Kerja penyelenggaraan selepas pengkebumian
4. Pengurusan lanskap keseluruhan
5. Kos batu nisan
6. Tabung tanah perkuburan
7. Saguhati Jawatankuasa Pengkebumian

Jadual Kos Perkhidmatan Pengkebumian

Bil Kategori Jenazah Perkhidmatan
Pengkebumian Batu Nisan Jumlah
1 Dewasa Lelaki/Perempuan 250.00 150.00 400.00
2 Kanak-Kanak Kategori 1 (3 hingga 6 tahun) 150.00 100.00 250.00
3 Kanak-Kanak Kategori 2 (2 tahun ke bawah) 100.00 100.00 200.00
4 Anggota Badan 50.00 - 50.00

BATU NISAN
Hanya satu jenis batu nisan dicadangkan dengan 2 paten yang berbeza untuk lelaki dan perempuan. Pihak TPISP akan menguruskan kesemuanya termasuk tempahan
dan ketika meletakan diatas pusara termasuk mengemaskininya dari masa kesemasa.
Paten yangsama bagi kanak-kanak Cuma dikecilkan sedikit ukurannya.

TANDA PENGENALAN SEMENTARA
Selepas selesai pengkebumian satu tanda sementara dipacak diatas pusara sebagai tanda pengenalan sementara sehingga batu nisan di letakan. Tujuan bagi memudahkan waris
menziarahinya didalam masa terdekat. Maklumat ringkas seperti qaryah/nama/kategori jenazah/umur/tarikh kematian/tarikh pengkebumian/lokasi pengkebumian. Tanda ini
akan di ambil keluar bila btu nisan di pasang.

KAD PENGENALAN PUSARA
Selepas selesai pengkebumian sekeping kad pengenalan pusara di berikan kepada waris atau pun didalam tempoh 3 hari bagi memudahkan waris membuat rujukan atau menziarahinya di masa hadapan. Kad itu sebesar kad kredit diberi dengan percuma dan mengandungi maklumat seperti nama, no kp, umur, tarikh /hari/masa mati/kebumi, Kod kebumi dan lokasi kebumi. Waris boleh akses maklumat di laman web Tpisp dengan kod rujukan berkenaan atau dengan menaip nama dan nombor KP simati.

Contoh pengenalan di kad pengenalan pusara ialah: FASA 1 SEKTOR A BARIS 1 PUSARA 1.
Contoh kod tercatit di kad pengenalan pusara: P300/2009/368/1A/1/1 – keterangan (jenazah perempuan Ke 300/Tahun kebumi 2009/dari 368 pusara/ Fasa 1A/Baris 1/Pusara 1).

SISTEM PENGKEBUMIAN
Tanah perkuburan ini akan mengandungi beberapa Fasa, sebagai contoh - Fasa 1 meliputi pengkebumian tahun 2007 hingga 2011. Setiap Fasa akan terkandung didalamnya beberapa Sektor – setiap sektor mengandungi 100 pusara dengan beberapa barisan – setiap barisan pula mengandungi beberapa pusara.

PENDEKATAN BARU PENGKEBUMIAN
Bagi mencapai matlamat menjadikan tanah perkuburan Islam yang moden dan sistematik maka pendekatan baru berikut diambil:
1. Mengasingkan jenazah mengikut kategori LELAKI/PEREMPUAN/KANAK-KANAK
2. Menggunakan satu jenis batu nisan sahaja
3. Tidak membenarkan sebarang bentuk binaan diatas pusara
4. Tidak membenarkan tanaman pokok sesuka hati – tetapi akan diuruskan oleh pihak
pengurusan tanah perkuburan
5. Tidak membenarkan pengkebumian mengikut kelompok keluarga
6. Penanaman rumput di antara pusara dan pengurusan lanskap yang bersesuaian.
7. Penyimpanan rekod pengebumian secara manual dan juga berkomputer
8. Memperkenalkan kad pengenalan pusara.

SKOP PERKHIDMATAN PENGKEBUMIAN
1. Menyediakan kemudahan liang pengkebumian
2. Membantu waris menurunkan jenazah kedalam liang
3. Menimbus tanah selepas jenazah di semadikan
4. Mengemaskini pusara selepas pengkebumian
5. Memasang batu nisan dan menyelenggarakannya
6. Menguruskan lanskap
7. Menyimpan rekod pengkebumian

KEMUDAHAN ASAS YANG DISEDIAKAN
1. Musolla/Surau
2. Pejabat Pengurusan
3. Kemudahan letrik dan air
4. Tempat meletak kenderaan
5. Kemudahan telefon
6. Kemudahan Wi-Fi
7. Wakaf Rehat/Riadah


SALURAN PENGURUSAN
1. Pengurus Jenazah Qaryah
a. Memaklum kepada Penyelaras Tanah Perkuburan tidak lewat 1 jam dengan
maklumat rengkas kategori jenazah dan masa jenazah akan tiba di tanah perkuburan
semasa memohon pengkebumian.
b. Lapur kematian kepada Polis jika meninggal dunia di rumah dan dapatkan permit
pengkebumian.
c. Isi borang Lampiran A dan serahkan kepada Penyelaras bila tiba di Tanah
Perkuburan dengan satu salinan fotostat permit penguburan dan kad pengenalan serta bayaran kebumi.

2. Penyelaras Tanah Perkuburan
a. Menetapkan liang pengkebumian dan memaklumkan kepadas pengurus
pengkebumian.
b. Sediakan papan tanda sementara untuk diletakan diatas pusara
c. Merekodkan kematian
d. Menempah batu nisan
e. Menggali liang tambahan bila liang simpanan hampir habis digunakan
f. Menguruskan bacaan talkin/tahlil selepas selesai pengkebumian jika diminta
oleh waris.

3. Pengurus Pengkebumian
a. Mengemaskini liang bila dimaklumkan oleh Penyelaras
b. Siapsedia di tanah perkuburan 15 minit sebelum jenazah tiba
c. Menguruskan pengkebumian hingga selesai mengikut adab yang ditetapkan

ARAHAN TAMBAHAN KEPADA WARIS DAN PELAWAT
1. Jenazah mestilah di iiringi oleh sekurang-kurang 6 orang lelaki untuk membantu semasa hendak memasukan jenazah kedalam liang yang akan disambut oleh pengurus pengkebumian didalam liang.
2. Waris boleh menyemak susunan pusara di papan kenyataan di pejabat.
3. Dilarang mematahkan tanaman di kawasan tanah perkuburan untuk diletakan diatas pusara.
4. Digalakan membawa sendiri air minuman (air mineral) botol untuk melepaskan dahaga
selepas/semasa pengkebumian.
4. Jika mempunyai sebarang masaalah dan perlu untuk menghubungi kami sila hubungi
Ketua Penyelaras TPISP.

 

NOTIS MEMOHON PENGKEBUMIAN

Notis awal permohonan kebumi mestilah di pohon oleh Pengurus Jenazah Qaryah kepada Penyelaras TPISP melalui telefon terlebih dahulu tidak kurang 2 jam sebelum masa pengkebumian dengan menyatakan masa pengkebumian dicadangkan/jantina/kategori jenazah. Butiran lengkap sila patuhi arahan di Borang Permohonan Pengkebumian
(LAMPIRAN A).

BORANG PERMOHONAN PENGKEBUMIAN (LAMPIRAN A)

Borang LAMPIRAN A boleh di isi secara on-line sebaik sahaja Daftar Kematian/Permit Mengubur diperolehi dari Hospital Kerajaan/Polis/Pejabat Pendaftaran Negara. Jika borang LAMPIRAN A tidak di isi secara on-line, ia boleh di isi secara manual dan hendaklah diserahkan kepada Penyelaras Tanah Perkuburan berserta dengan salinan fotostat Daftar Kematian/Permit Mengubur bila jenazah sampai di Tanah Perkuburan.

Jika LAMPIRAN A telah di isi secara on line, maka salinan fotostat daftar Kematian/Permit Mengubur sahaja perlu diserahkan kepada Penyelaras bila jenazah tiba di Tanah Perkuburan. Dokumen sokongan lain jika ada hendaklah diserahkan didalam bentuk fotostat. Bayaran kos pengkebumian dan batu nisan hendaklah diserahkan pada masa yangsama.

DATA PENGKEBUMIAN/ARKIB
Selain data pengkebumian yang boleh disemak secara on-line di Laman Web TPISP, foto juga di upload ke facebook/google+/twitter, manakala video klip pendek pengkebumian di upload ke Youtube. Waris boleh mengakses maklumat pengkebumian, melihat foto dan menonton kilp video berkenaan selepas pengkebumian. Arkib Tpisp juga ada menyimpan video serta foto kebumi dan waris boleh yang ingin mendapatkan nya secara softcopy boleh hubungi Penyelaras TPISP.

FAKTA-FAKTA MENARIK TPISP
1. Pengkebumian pertama, kedua dan ketiga berlaku pada 06 Jun 2010 iaitu seorang perempuan, diikuti dengan jenazah suaminya yang meninggal dunia serentak akibat kemalangan jalanraya pada 05 Jun 2007. Jenazah ketiga juga pada hari yangsama iaitu seorang lelaki.
2. Sejak beroperasi 5 tahun lalu, jenazah lelaki sentiasa mendahului jenazah perempuan.
3. Jenazah paling tua dikebumikan disini ialah lelaki 96 tahun pada 29 Okr 2009.
4. Jenazah warga asing sehingga kini seramai 10 orang kesemuanya warga Indonesia.
5. Taman Ria Jaya mendahulu jumlah pengkebumian sejak Jun 2007 hingga sekarang.
6. Dari kes kemalangan jalan raya seramai 35 orang hanya 6 orang tua yang lain adalah remaja.
7. Sejak beroperasi sebab mati ‘sakit tua’ mendahului dari awal hingga sekarang.
8. Bulan Mei 2010 mencatit pengkebumian tertinggi ialah 21 orang.
9. Rekod kebumi teramai didalam 1 hari ialah 5

PEMBANGUNAN MASA DEPAN
Pembangunan prasarana di sekeliling TPISP sedang berjalan dengan rancak dan sebuah taman perumahan kos sederhan jarak 100 meter sahaja dari tanah perkuburan telah siap dan diduduki sejak awal 2012. Didalam jangmasa 5 tahun dari sekarang TPISP akan menjadi tanah perkuburan moden di dalam bandar. Disekeliling nya akan mengandungi masjid, rumah kediaman, rumah kedai dan sebagainya. Ini bermaana akan lengkaplah satu kehidupan yang akan member kebahgiaan didunia dan juga kebahgiaan di akhirat.


SUMBER PENDAPATAN
TPISP tidak mempunyai sumber pendapatan tetap. Pendapatannya adalah dari baki perkhidmatan pengkebumian yang dimasukan ke akaun TPISP iaitu RM 50.00 bagi setiap jenazah. Jawatankuasa TPISP merayu agar umat Islam yang berminat untuk menghulurkan sumbangan bagi tujuan pengurusan terutama sekali untuk membina pagar baru dan pintu pagarnya. Sebarang sumbangan boleh hubungi kami melalui email dan telefon tersedia.

TABUNG JARIAH PENGURUSAN TPISP
Sebuah tabung derma pengurusan tanah perkuburan diletakan di tanah perkuburan dan sesiapa sahaja boleh menderma bagi tujuan pengurusan tanah perkuburan seperti bayaran letrik dan sebagainya.

HUBUNGI KAMI

Zulkifli bin Haji Said
Penyelaras Tanah Perkuburan Islam Sungai Petani (TPISP)
No. Telefon: 012-4679880 atau 011-14698623

Website : http://www.tpispkelisa.e-pusara.com

email: tpispkelisa@ymail.com
zulteja@gmail.com
perkuburanislamsp@gmail.com

youtube : Tpisp
facebook : Tpisp Kelisa
twitter : @tpispkelisa1
google+ : zulkifli said

 

 



The comments are owned by the author. We aren't responsible for their content.
Author Thread
TAKWIM HIJRAH
SIAPA DITALIAN
11 user(s) are online (1 user(s) are browsing Content)

Members: 2
Guests: 9

MerissaZad, WoodrowSch, more...
Login
Username:

Password:

Remember me



Lost Password?

Register now!