Welcome!    Register now    Login  
image1
Content Menu
HUBUNGI KAMI

SEKIRANYA BERLAKU KEMATIAN

HUBUNGI:

Zulkifli bin Haji Said
Penyelaras Tanah Perkuburan Islam Sungai Petani (TPISP)
No. Telefon:
012-4679880 atau
011-14698623
email :
tpispkelisa@ymail.com
zulteja@gmail.com
perkuburanislamsp@gmail.com

youtube : Tpisp
facebook : Tpisp Kelisa    

Laman Facebook : TPISP Kelisa
twitter : @tpispkelisa1
google+ : zulkifli said

 



SOALAN LAZIM

 

SOALAN  LAZIM

 

Soalan     -     Bagaimana cara memohon pengkebumian?

Jawapan -     (1)   Bagi anak qaryah 10 masjid yang  menggunakan TPISP, permohonan hendaklah

                       melalui Pengurus Jenazah di qaryah masing-masing.  Selepas itu mereka sendiri atau

                       qaryah akan memohon melalui telefon kepada  penyelaras dan boleh selepas itu mengisi

                       borang secara on-line atau pun secara manual menggunakan borang Lampiran A.

               

                       (2)   Bagi bukan anak qaryah, hendaklah memohon melalui telefon kepada penyelaras

                       dan didalam jangkamasa 1 jam kelulusan akan diberi.  Jika diluluskan, waris akan

                       memohon secara on line dan mengisi secara manual borang Lampiran A dan serah

                       semasa di TPISP.

 

                      (3)   Jika jenazah  di HSAH atau lain-lain Hospital Kerajaan, permohonan akan dibuat oleh

                      Bahagian Forensik kepada Penyelaras TPISP dan mengisi borang Lampiran A.

 

                      (4)   Bagi warga asing, melalui kedutaan masing-masing mengikut prosidur biasa.

 

Soalan     -    Jika ada waris yang tidak berkemampuan menyediakan kos sebagaimana ditetapkan

                      bagaimana penglebumian dapat dilakukan?

Jawapan -    (1)    Jika yang tidak ada waris atau Muallaf, pihak TPISP akan membuat tuntutan jenazah

                       di Hospital dan menguruskan pengkebumiannya dengan ditanggung kos oleh TPISP dan

                       pihak pengurusan akan menuntut kepada  Baitul Mal  Kedah.

                       (2)    Jika dari 10 buah qaryah yang menggunakan TPISP, pihak masjid dimana mereka

                       bernaung akan menguruskan kos pengkebumian dengan menggunakan  budibicara

                       jawatankuasa qaryah masing-masing.  Ketiadaan wang bukanlah halangan kepada

                       pengkebumian  jenazah umat Islam.

 

Soalan     -    Adakah dibenarkan pengkebumian mengikut  kelompok keluarga?

Jawapan -    Tidak dibenarkan sama sekali.

 

Soalan     -    Adakah dibenarkan batu nisan mengikut kehendak keluarga?

Jawapan -    Tidak dibenarkan.  Batu nisan ditetapkan oleh TPISP dengan seragam bagi kesemuanya

                       tanpa sebarang perbezaan.

 

Soalan      -    Adakah ditetapkan waktu  untuk ziarah TPISP?

Jawapan  -    Waktu ziarah dibuka 24 jam sehari.  Pelawat dikehendaki mematuhi peraturan ziarah

                       Perkuburan  Islam dan peringatan ialah apabila keluar/masuk menentukan pintu pagar

                       utama ditutup.

 

Soalan      -   Adakah ditetapkan waktu-waktu tertentu untuk pengkebumian?

Jawapan  -   Tidak ditetapkan. Pengkebumian boleh dilakukan 24 jam sehari, kecuali waktu makruh

                      kebumi sebagaimana disebutkan.

 

Soalan      -   Berapa lama notis kebumi  yang sepatutnya dimaklumkan kepada  Penyelaras TPISP

                      sebelum sesuatu pengkebumian dilakukan?

Jawapan  -   Notis kebumi tidak lewat dari 1 jam dari  jangkamasa  jenazah akan sampai  di TPISP.

                      Kelewatan memaklumkan menyebabkan kelewatan pengkebumian dan TPISP tidak

                      akan bertanggungjawab diatas kelewatan itu jika berlaku.

 

 

Soalan     -    Bolehkah  dua jenazah dikebumikan di satu  pusara bagi kes tertentu seperti

                       kematian serentak ahli keluarga ibu/anak dan sebagainya?

Jawapan -    Boleh dengan syarat batu nisan diatasnya mengikut  (sektor lelaki/perempuan)

                       dan diatas batu nisan boleh dimasukan 2 nama berkenaan.  Keadaan ini hanya

                       akan dilakukan mengikut kesesuaian atau dipersetujui  majoriti  keluarga simati.

 

Soalan     -    Jika ada waris yang ingin memasang batu puteh dan rumput diatas pusara, bagaimana

                      caranya?

Jawapan -    Waris boleh menghubungi Penyelaras dengan bayaran RM 100.00 satu pusara.

                       Rumput dan batu ini adalah dengan kerelaan dari waris dan bukan sesuatu

                       kemestian. Rumput/batu hanya akan ditanam selepas batu nisan dipasang.

 

Soalan      -    Bolehkah ditanam pokok diatas pusara?

Jawapan  -   Tidak boleh.  Ranting pokok yang dicucuk diatas pusara selepas pengkebumian

                       hanya bersifat sementara sahaja dan selepas itu akan dibuang apabila ia layu.

 

Soalan     -    Binaan macam mana yang dibenarkan diatas pusara?

Jawapan -    Tidak dibenarkan sama sekali sebarang bentuk binaan diatas pusara.

 

Soalan     -    Berapa lama selepas pengkebumian, batu nisan di tanam diatas pusara?

Jawapan -    Didalam linkungan 2 atau 3 bulan, iaitu selepas tanah mendap sepenuhnya?

 

Soalan     -    Bolehkah waris sendiri memasang batu nisan setelah siap?

Jawapan -    Boleh dan tidak menjadi masaalah, asalkan ianya diluruskan. Jika ada waris yang

                      ingin berbuat demikian mereka dikehendaki menghubungi Penyelaras TPISP.

 

Soalan     -   Bolehkah jenazah luar dari 10 qaryah ini dikebumikan di TPISP?

Jawapan -   Tidak boleh kecuali kes tertentu mengikut kelulusan Jawatankuasa Pengurusan:

(1)      Warga asing atau jenazah tanpa waris di hospital atau diarahkan oleh Jabatan

Agama  Islam kedah.

(2)      Lain-lain umat Islam, yang waris mereka mestilah memohon secara rasmi

kepada  jawatankuasa pengurusan.

 

Soalan     -    Selain video klip dan foto yang dimuat naik ke youtube dan facebook, bolehkah

                      waris memohon salinannya?

Jawapan -   Klip video dan foto  ini adalah milik bersama waris dan Tpisp. Tpisp menyimpannya

                      sebagai arkib Tpisp. Waris boleh hubungi penyelaras untuk disalin.

 

Soalan     -    Selepas kebumi waris dibekalkan  dengan sekeping kad rekod  pusara. Bolehkan waris

                      mendapatkannya dapat sekeping?

Jawapan -    Boleh, diberi secara percuma kepada wais. Jika berhajat lebih sila hubungi penyelaras.

 

 



The comments are owned by the author. We aren't responsible for their content.
Author Thread
TAKWIM HIJRAH
SIAPA DITALIAN
11 user(s) are online (3 user(s) are browsing Content)

Members: 2
Guests: 9

LarhondaNi, FloridaMac, more...
Login
Username:

Password:

Remember me



Lost Password?

Register now!