Welcome!    Register now    Login  
image1
Content Menu
HUBUNGI KAMI

SEKIRANYA BERLAKU KEMATIAN

HUBUNGI:

Zulkifli bin Haji Said
Penyelaras Tanah Perkuburan Islam Sungai Petani (TPISP)
No. Telefon:
012-4679880 atau
011-14698623
email :
tpispkelisa@ymail.com
zulteja@gmail.com
perkuburanislamsp@gmail.com

youtube : Tpisp
facebook : Tpisp Kelisa    

Laman Facebook : TPISP Kelisa
twitter : @tpispkelisa1
google+ : zulkifli said

 



SEJARAH

 RAUDHATUL SOLIHIN

 

TANAH PERKUBURAN  ISLAM SUNGAI PETANI ( TPISP )

 

SEJARAH DAN LATAR BELAKANG

 

1. Sejarah

 

1.1.      Pembangunan pesat bandar Sungai Petani sejak awal tahun 1990an telah menyebabkan banyak kawasan perumahan baru dibangunkan bagi menampung peningkatan jumlah penduduk yang besar. Kawasan-kawasan perumahan ini pula dibina dengan masjid-masjid baru untuk kemudahan beribadat orang-orang islam. Walau bagaimanapun pembinaan masjid-masjid baru ini tidak selari dengan pembangunan kawasan-kawasan tanah perkuburan. Akhirnya pada hujung tahun 1990an didapati sembilan penempatan perumahan yang ada masjid-masjid baru ini tidak dibina kawasan perkuburan untuk mengkebumikan jenazah-jenazah orang Islam yang berkhariah dengan masjid-masjid berkenaan.

 

1.2.      Bilangan penduduk islam bagi 9 buah Masjid baru sekitar Sungai Petani timur ini menjangkau bilangan jemaah dari 10,000 hingga 20,000 orang bagi setiap khariah. Masalah menjadi begitu kronik sejak tahun 1996 apabila satu-satunya tanah perkuburan yang sedia ada, iaitu Masjid Kampong Raja sudah  tidak lagi dapat menampung kemasukan jenazah-jenazah diluar khariahnya bagi jangka masa yang panjang. Pengurusan masjid ini mengeluarkan ketetapan tidak menerima jenazah dari luar khariah. Ini menimbulkan masalah besar umat Islam di Sungai Petani Timur dan berlaku perselisihan faham dan tanggapan negatif  terhadap kepimpinan Islam di daerah ini khasnya bagi kawasan Sungai Petani timur.

 

2. Latar Belakang Tanah Perkuburan Islam Sungai Petani

 

2.1       Pada awal tahun 2006 sebuah Jawatankuasa Pembangunan Tanah Perkuburan Islam  telah diitubuhkan oleh Setiausaha Politik Menteri Besar (ketika itu) Haji Ali bin Yahaya selaku Pengerusi dan dianggotai oleh semua Imam-Imam 9 buah Masjid terlibat bertujuan mengatasi masalah tertangguh sekian lama ini. Manakala Tuan Kadi Daerah bertindak sebagai penasihat. Hasilnya YAB. Menteri Besar Kedah Dato’ Seri Mahdzir Khalid telahpun bersetuju untuk mewakafkan sebidang tanah seluas 12 ekar milik Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) untuk dibangunkan sebagai Tanah Perkuburan Islam secara bersepadu.

 

2.2.      Usaha membangunkan kawasan ini bermula dengan kerja-kerja pembersihan bermula awal tahun 2007 dan Tanah Perkuburan Islam Sungai Petani telah mula dibuka untuk pengebumian mulai 01hb. Jun 2007. Jenazah pertama yang dikebumikan ialah pada 06hb. Jun 2007. Sejak itu purata 11 jenazah telah dikebumikan di tanah perkuburan tersebut. Sehingga 30hb. September 2012 seramai 770 jenazah telah dikebumikan di tanah perkuburan berkenaan. 

 

2.3       Pada tahun 2011 Tanah Perkuburan  Islam ini dinamakan sebagai RAUDHATUL SOLIHIN

 

2.4.      Pembangunan dan Pengurusan Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Solihin ini dikendalikan secara sukarela dengan berasaskan sumbangan secara peribadi dan sumbangan dari pihak swasta serta agensi-agensi dari Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. Sehingga kini kemudahan asas bagi tanah perkuburan ini telah lengkap seperti surau, pagar, jalan raya, lampu dan lain-lain lagi. Pembangunan kerja-kerja tanah telah siap dilaksanakan oleh sebuah syarikat perumahan swasta Ambangan Height.

 

3.    Jawatankuasa KIFAYAH

 

3.1.      Selepas 5 tahun berfungsi, Jawatankuasa Pembangunan Tanah Perkuburan Islam Sungai Petani telah disusun semula untuk menjadikan ianya lebih berkesan dalam pengurusan masalah-masalah berkaitan dengan umat Islam di Sungai Petani. Jawatankuasa ini telah dinamakan sebagai Jawatankuasa Pembangunan, Kebajikan dan Pengurusan Fardhu Kifayah atau JAWATANKUASA KIFAYAH ATAU LUJNAH KIFAYAH.

 

3.2.      Mengurus dan mentadbir Raudhatul Solihin merupakan salah satu tanggungjawab utama Jawatankuasa KIFAYAH ini.

 

3.3.      Jawatankuasa ini bermesyuarat 4 kali setahun untuk membincangkan semua masalah-masalah Umat Islam Sungai Petani dan merancang aktiviti-aktiviti yang berunsurkan keagamaan.

 

3.4.      Pengurusan pengkebumian dan urusan pentadbiran Raudhatul Solihin diletak dibawah Jawatankuasa Kecil Pengurusan Raudhatul Solihin yang diketuai oleh Setiausaha dan anggota Biro Pengkebumian.

 

3.5.      Carta Organisasi Jawatankuasa KIFAYAH

 

PENGERUSI

 

TIMB. PENGERUSI

 

 
Bendahari

 Setiausaha

 

 

 Pen. Bendahar                          

 

Pen. Setiausaha

 

Jawatankuasa Pengurusan Raudhatul Solihin

 

Jawatankuasa Kecil Kebajikan dan Pengurusan Fardhu KIFAYAH

 
 
 
 
Ahli Jawatankuasa KIFAYAH
 
 
 
i. Imam Masjid Batu Dua                   v. Imam Masjid P. Lebaiman             ix. Imam Masjid Muzaffar Shah
 
ii. Iman Masjid Taman Ria                 vi. Imam Masjid Taman Keladi           x. Imam Masjid Taman Kelisa
 
iii.Imam Masjid Taman Ria Jaya     vii. Imam Masjid Taman Peruda
 
iv.Imam Masjid Matang Gedong  viii. Imam Masjid Bandar Puteri Jaya
 
 
 

 

4.   Aktiviti-aktiviti Jawatankuasa KIFAYAH

 

4.1.      Mengurus dan mentadbir Raudhatul Solihin serta pengurusan pengkebumian.

 

4.2.      Menganjurkan perkampungan Maulidur Rasul peringkat Daerah Kuala Muda dan lain-lain seperti Ceramah Agama dan Majlis-majlis Keagamaan.

 

4.3.      Menyumbangkan bantuan kebajikan kepada fakir-fakir miskin.

 

4.4.      Menguruskan mayat-mayat yang tidak mempunyai waris.

 

4.5.      Pengurusan Fardhu Kifayah kepada masyarakat Islam Sungai Petani.

 

 

5.   Kewangan

 

5.1.      Peruntukan untuk perbelanjaan pembangunan dan urustadbir adalah hasil sumbangan derma-derma dari pihak swasta, agensi-agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri serta orang perseorangan.

 

5.2.      Kesemua sepuluh buah masjid menyumbangkan sebanyak RM1,200 setahun.

 

 

6.   Pembangunan Jangka Panjang

 

6.1.      Jawatankuasa KIFAYAH bercadang untuk melaksanakan sistem ‘Tindan’ atau ‘Berlapis’ sekiranya kawasan tanah perkuburan semasa ini penuh. Sistem tindan ini dijangka mudah serta faktor ruang juga diambil kira untuk proses menindan.

 

6.2.      Perancangan juga sedang dibuat untuk membangunkan beberapa bangunan untuk tujuan membuka kelas-kelas pengajian Islam.

 

6.3.      Jawatankuasa KIFAYAH juga bercadang mengujudkan sebuah wisma anak-anak yatim.

 

 

7.   Penutup

 

7.1.      Jawatankuasa KIFAYAH merupakan satu-satunya jawatankuasa yang di urustadbir secara sukarela dan berfungsi untuk kepentingan serta kemajuan Islam di Sungai Petani khasnya dan Kedah amnya.

 

Sekian Terima Kasih

 



The comments are owned by the author. We aren't responsible for their content.
Author Thread
TAKWIM HIJRAH
SIAPA DITALIAN
14 user(s) are online (1 user(s) are browsing Content)

Members: 4
Guests: 10

FloridaMac, LarhondaNi, ElizbethMo, MathiasLav, more...
Login
Username:

Password:

Remember me



Lost Password?

Register now!